SURAT DARI CIKGU WONG


Hai. Salam 1 Malaysia.
Saya seorang guru matematik yang telah mengajar selama 16 tahun dalam tahun 4,5, dan 6 .  Pengalaman mengajar matematik dikatakan sangat seronok terutamanya murid-murid telah berjaya dalam bidang ini.  Dari pengalam mengajar subjek ini juga telah memberikan banyak ilham dalam teknik pengajaran yang berkesan dalam kelas.  Murid-murid zaman kini lebih bermikiran matang berbanding dengan murid-murid dahulu.  Banyak alat teknologi moden seperti tv, komputer dan layari internet telah digunakan dalam pengajaran matematk.   Walaupun begitu, guru matematik masih memerlukan teknik yang berkesan untuk mengajar dalam kelas agar murid-murid dapat menyerap apa yang disampaikan oleh guru sehingga ke sekolah menengah dan juga dewasa nanti. 
Oleh itu, laman web ini telah diwujudkan bagi membantu semua guru di malaysia dalam pengajaran subjek matematik ini. 
Segala teknik pengajaran yang dilaman web ini boleh didownload oleh guru-guru matematik dan sesiapa yang memerlukan.
Daripada :
cikgu wong
23/7/2011

Page Views: #